Thursday, November 3, 2011

tIaDa kATa YaNg DaPAT mENggAMBarkan PerasAAN yang kualami

Bukan semua mampu diluahkan dengan kata-kata
dan bukan semua yang dapat dimaafkan hanya dengan kata-kata

Bukan semua orang yang mengalami untung nasib yang sama
apa dan siapa kita kini adalah natijah didikan, situasi
dan pengalaman lalu
tidak perlu disalahkan ibu bapa yang mendidik
kerana mereka jua insan biasa yang bisa melakukan kesilapan

Bukan semua orang bernasib baik sepertimu
namun nasib kita juga bukanlah seteruk insan lain di luar sana

Muhasabah diri dan kenali diri
untuk mengenal penciptamu

apabila kita mengenal Maha Pencipta, 
maka kita akan lebih mengenali diri

Banyak yang aku belajar sepanjang berada di maktab
apa yang paling terkesan di hati adalah
aku belajar pelbagai mehnah manusia

semuanya ditelan dengan pelbagai rasa
ada yang manis, yang pahit(mcm coklat2 d pasaran) kelat malah yang masam
bukan semua orang faham mengapa dan bagaimana kita begitu

Bahkan aku sering kali rasa tertindas dan rasa kerdil dalam kelompok mereka
mengapa
rasa takut dan gusar meluahkan pendapat
maka sering tertindas dan redha dengan apa yang diberi
kehendakku
tertepi dengan sendirinya

Apa yang sering aku rasa, adalah
'malas nak cari hal'
namun di mana keadilannya
sedangkan acapkali perkara yang berlaku adalah 'bias'

Namun sedarkah hakikatnya
semua daripada kita mempunyai peranan masing-masing
dan menjadi pelengkap satu putaran kehidupan tika itu

Namun kita semua tidak sedar
malah alpa

Yang kita sering tahu
adalah memperkatakan sesuatu yang buruk
bukan di hadapan,
tetapi dianggap sebagai mengumpat

Sedarkah kita,
dengan perlakuan itu, kita tidak mengubah sesuatu ke arah kebaikan

Yang diumpat tidak akan tahu kekhilafannya
yang buruk akan tetap dan terus berlaku
kebuntuan akan mula melanda
mengapa, mengapa, mengapa

Mengapa aku diperlakukan begini
apakah salahku

Namun ironinya,
kata-kata  maaf pada penghujung pertemuan akan menamatkan segala kegusaran yang melanda
begitukah?

Sedarkah kita, kesilapan dan putaran itu akan terus berlaku
pada masa akan datang
sedarlah duhai diri

Hargailah tranformasi yang bakal berlaku
semoga pemikiran semakin menjurus
dan bersangka baiklah

tingkatkan diri
kenali diri
buang segala hasad dengki dan mulakanlah hidup baru

No comments:

Post a Comment