Thursday, November 17, 2011

=(  tak boleh tidur..sok last day sekolah~ ckgu pasti akan rindukan kamu semua~ sgt! terasa sekejap j masa kita bersama...

Thursday, November 3, 2011

dunia BARU..

~wink
lama betul x merepek
tapi seminggu dua ni rasa sangat tenang dan gembira
bersama insan2 baru y sgt disayangi =D

xperlu mengharap pada y xsudi
xperlu berkata pada y tuli
xperlu menduga pada y xpasti
xperlu menyayangi pada y xmenghayati

syukur

tIaDa kATa YaNg DaPAT mENggAMBarkan PerasAAN yang kualami

Bukan semua mampu diluahkan dengan kata-kata
dan bukan semua yang dapat dimaafkan hanya dengan kata-kata

Bukan semua orang yang mengalami untung nasib yang sama
apa dan siapa kita kini adalah natijah didikan, situasi
dan pengalaman lalu
tidak perlu disalahkan ibu bapa yang mendidik
kerana mereka jua insan biasa yang bisa melakukan kesilapan

Bukan semua orang bernasib baik sepertimu
namun nasib kita juga bukanlah seteruk insan lain di luar sana

Muhasabah diri dan kenali diri
untuk mengenal penciptamu

apabila kita mengenal Maha Pencipta, 
maka kita akan lebih mengenali diri

Banyak yang aku belajar sepanjang berada di maktab
apa yang paling terkesan di hati adalah
aku belajar pelbagai mehnah manusia

semuanya ditelan dengan pelbagai rasa
ada yang manis, yang pahit(mcm coklat2 d pasaran) kelat malah yang masam
bukan semua orang faham mengapa dan bagaimana kita begitu

Bahkan aku sering kali rasa tertindas dan rasa kerdil dalam kelompok mereka
mengapa
rasa takut dan gusar meluahkan pendapat
maka sering tertindas dan redha dengan apa yang diberi
kehendakku
tertepi dengan sendirinya

Apa yang sering aku rasa, adalah
'malas nak cari hal'
namun di mana keadilannya
sedangkan acapkali perkara yang berlaku adalah 'bias'

Namun sedarkah hakikatnya
semua daripada kita mempunyai peranan masing-masing
dan menjadi pelengkap satu putaran kehidupan tika itu

Namun kita semua tidak sedar
malah alpa

Yang kita sering tahu
adalah memperkatakan sesuatu yang buruk
bukan di hadapan,
tetapi dianggap sebagai mengumpat

Sedarkah kita,
dengan perlakuan itu, kita tidak mengubah sesuatu ke arah kebaikan

Yang diumpat tidak akan tahu kekhilafannya
yang buruk akan tetap dan terus berlaku
kebuntuan akan mula melanda
mengapa, mengapa, mengapa

Mengapa aku diperlakukan begini
apakah salahku

Namun ironinya,
kata-kata  maaf pada penghujung pertemuan akan menamatkan segala kegusaran yang melanda
begitukah?

Sedarkah kita, kesilapan dan putaran itu akan terus berlaku
pada masa akan datang
sedarlah duhai diri

Hargailah tranformasi yang bakal berlaku
semoga pemikiran semakin menjurus
dan bersangka baiklah

tingkatkan diri
kenali diri
buang segala hasad dengki dan mulakanlah hidup baru

Sunday, October 17, 2010

|Sepi|


Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku..
Kekasihku , syurgaku..

Tanpa dia malam menemaniku..
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang..
Biar alam ini kelam..
Biar ia sepi sepertiku 

(cinta datang dengan tanggung jawab dan komitmen)
(apa erti cinta tanpa kepedulian)

Saturday, October 16, 2010

=)

saya tak perlukan hubungan tanpa kepedulian
saya tak suka digelar lebih sudu dari kuah
saya tak peduli orang yang saya tak sayang
pilih mana yang anda suka:
hubungan @ kebebasan
saya tidak akan masuk campur dalam urusan anda lagi.
anda berhak untuk memilih
sekian

Wednesday, October 13, 2010

...

Saya hanya mempunyai sepasang tangan dan sepasang kaki.
Apabila saya katakan 'tunggu sekejap', saya benar-benar maksudkannya.
Tidak perlu meminta orang lain untuk menyuruh saya melakukan kerja yang bukan kerja saya.

SEBUAH CERITA

Ada seorang guru. Dia telah melakukan hukuman bukan pada tempatnya. Seorang guru lain telah bertanya secara baik kepadanya untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku. Guru lain itu tidak berada di tempat kejadian, tetapi ramai saksi2 lain yang berada di situ.Saksi2 menyatakan bahawa guru yang menghukum itu SANGAT TIDAK PATUT BERTINDAK sedemikian..

Malangnya, guru yang menghukum itu terus meninggikan suaranya dan berkata kepada guru tersebut 'Mind you own bussiness'. Lalu guru yang diherdik itu menurut kata-kata guru yang mengherdiknya itu dan.... ok, fine. lepas ni guru yang mengherdik itupun tidak perlu 'membusykan' diri dengan urusan guru yang diherdik itu kerana perkara ini bukan pertama kali berlaku.- MENGHUKUM BUKAN PADA TEMPATNYA- (atau lebih tepat lagi, BERGURAU BUKAN PADA TEMPATNYA) sekian

SOALAN KUIZ
Siapakah yang sepatutnya berkecil hati?
a) Guru yang menghukum
b) Guru yang diherdik
c) Saksi kejadian
d) Murid yang dihukum

p/s YANG BERKECIL HATI,
      BERSABARLAH...
      YANG BENAR TETAP BENAR

APA GUNA HUBUNGAN TANPA KEPEDULIAN